We can have a positive attitude towards life, or a negative attitude. We can focus on the good or we can focus on the bad. Keeping a positive mental attitude is one of the keys to success. The choice is always up to us.
RSS

Tuesday, April 6, 2010

BILA SHOPPING...hehe


Membeli barangan adalah suatu aktiviti wajib untuk setiap manusia di muka bumi ini. Jual beli memudahkan kehidupan kita untuk memenuhi kehendak dan keperluan kita. Membeli menyeronokkan apabila kita ada duit. Lagi menyeronokkan kalau barang yang kita belikan itu memenui kehendak hati kita. Ditambah seronok lagi kalau barang yang dibeli itu didapati dengan harga yang murah. Dan yang teramat sangat sukanya di hati kita ialah apabila ada orang memuji barang yang kita beli itu. Makhluk di atas bumi ini yang paling seronok membeli-belah ialah SEMESTINYA PEREMPUAN. Bagi orang lelaki, ia adalah satu kewajipan. Tetapi orang perempuan, ia adalah hobi, melegakan tekanan jiwa, meredakan gundah gulana dan menghiburkan hati sanubari.

Orang perempuan kalau membeli kerongsang (pin hiasan di tudung) mungkin mengambil masa 30 minit - 1 jam untuk membuat keputusan memberlinya. Dalam fikiran mereka tercatat pelbagai maklumat yang dirujuk sebelum membuat keputusan seperti..sesuai tak dengan kebaya yang di baru beli tu.... match tak dengan warna tudung ... ada tak sesiapa sepejabat yang telah pakai corak pin ini .... harga yang ni sama tak dengan yang terdapat di kedai sebelah ... kalau pakai ni nampak pelik tak .... macam-macam seribu satu macam. Lain sangat dengan orang lelaki. Contohnya membeli butang baju melayu.

Itu pun kerana terlanggar semasa nak ke masjid, terus menanyakan harga...dan terus bayar. Tak sampai 2 minit. Langsung tidak terfikir sesuai tak dengan warna baju dan sebagainya.. Ada lelaki tu pergi solat raya dengan memakai baju warna biru.. tetapi warna butangnya ada warna merah, emas dan ada yang dah terkeluar batu warna.. itupun biasa aje terus pakai... asalkan ada butang sudaaaah laa. Itu orang lelaki. Kalau isterinya nampak , pasti perang sakan di pagi raya sebab suami pakai butang tak matching dengan baju...kata dia, "Nanti orang kata dia tak pandai mendandan suami..." malulah dia....


ni lah dia ragam kaum wanita dan lelaki..berbeza betul...hehe...

1 comments:

SHaiFuL said...

time ada duit, sy pun minat shopping. Time xdak duit.. wife shopping sorang2, sy jaga & dukung anak kat luar shopping compleks.... ngeri & tak sanggup tengok org ppuan bila shopping..

Post a Comment